Permegian Yasmin Johan Seorang penulis blogger.
POSTED ON: Tuesday, 5 June 2012 at 00:26 | 0 cookies
Tak sangka berita yang saya baca ini mengenai salah seorang dari blogger yang pernah saya masuk membaca blog dia beberapa hari lalu. Walaupun saya bukan lah remaja lagi. Saya mencari juga namanya dan blognya dngan bantuan siti masyitah
Bila dapat tahu nama Yasmin jadi trending di Twitter saya ingatkan kerana orang suka wajahnya yang comel dan namanya yang org putih, rupanya kerana berita tragis. Berulang kali saya sebut namanya sambil mengalir air mata ni..sebab saya tak percaya apa yang saya baca. Baru beberapa hari lalu saya ada masuk nak tgk apa Yasmin update di blognya.
Tajuk berita, 3 remaja maut dilanggar van di Langkawi keluar dalam akhbar, dan tak sangka salah seorang dari 3 remaja itu ialah Yasmin. Mengikut cerita di twitter Yasmin jatuh dari motor dan dilanggar dengan van.
Ralat: bukan dilanggar lari seperti yang saya dapat info di twitter. Boleh baca petikan berita di sini.
Petanda dia sebelum meninggal arwah Yasmin ada mengupload gambar di bawah ini di twitter dan namanya menjadi topik hangat di twitter kerana gambar ini. Arwah seperti tahu saja dia akan pergi buat selamanya, dia seronok membaca buku 7 Malam Pertama di Kubur dan juga bercerita dia takut untuk tidur malam kerana sering bermimpi buruk.
Namanya antara trending topik di twitter
Yasmin Hunwick bukan popular macam Hanis Zalikha tetapi jika anda masuk dan baca cerita di blog peribadinya anda akan kenal siapa dia. Saya masih lagi terkejut dan tergamam dengan berita ini, bagaikan mimpi. Yasmin merupakan anak sulung keluarga cik Johan dan dia selalu memuatnaik gambar keluarga, bercerita tentang sekolah dan kawan2nya. Arwah ada memuatnaik video dia bermain dengan adik adiknya, video dia praktik latihan piano dan mcm mcm lagi.
Arwah Yasmin sangat berbakat dan comel. Memandangkan dia dari kacukan inggeris dan Melayu dia dilihat pelik di tempat dia tinggal, siapa sangka wajah comel anak kacukan Inggeris ni pandai bercakap loghat Kedah/utara pekat kerana bapanya dari Penang.
Di twitter nama Yasmin J Hunwick kini menjadi trending, ramai yang bersimpati dan sedih dengang kehilangan Yasmin.
Yasmin berusia 17 tahun akan ambil exam SPM tahun ni . Dalam blognya arwah cerita, dia teruja kerana sudah pandai bertwitter dan sukakan instagram kerana mudah berkongsi gambar dengan rakan rakan di twitter.
Yasmin last post artikel di blognya pada 2 Jun
Dari FB ibu Yasmin: “Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.”